Karnival Pendidikan Teknikal PPKS 29 September - 1 Oktober Ini


KUCHING : Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) akan mengadakan Karnival Pendidikan Teknikal PPKS yang akan berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober ini.

Pengarah Eksekutif Kumpulan PPKS, Hallman Sabri berkata, konsep 'Hari Terbuka dan Kem Kemahiran' akan diperkenalka pada karnival tersebut.

"Objektif karnival adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan kemahiran kepada pelajar dan orang awam.

"Karnival ini juga merupakan satu platform untuk mengetengahkan program pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET)," katanya.

Beliau sepanjang karnival berlangsung, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) turut membuka kaunter.

"Ia membolehkan orang awam mendapatkan  maklumat mengenai pinjaman pendidikan.

"Disamping itu orang awam boleh membuat pembayaran balik pinjaman tersebut melalui kaunter yang disediakan," ujarnya.

Menurut Hallman, pelbagai aktiviti  akan dijalankan sepanjang karnival yang berlangsung selama tiga hari itu

"Antaranya kejohanan sukan, 'In door game' seperti catur, dart dan ping pong untuk pelajar PPKS.

"Untuk orang awam turut disediakan pertandingan karaoke dan yuran sebanyak RM10 dikenakan manakala pertandingan memancing orang awam dikenakan yuran sebanyak RM15," jelasnya.

Karnival tersebut turut menyajikan persembahan tarian, peragaan pakaian, jualan gerai makanan dan minuman, pemeriksaan kesihatan percuma dan cabutan bertuah, kata Hallman.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA