Karnival Bola Sepak Wanita Diperkenal


KUCHING: Buat julung kalinya, karnival liga bola sepak wanita akan diperkenalkan dalam usaha untuk mencungkil pemain berbakat yang boleh diketengahkan untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Pengerusi Liga Bolasepak Rakyat (LBR), Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah memberi kebenaran untuk penganjuran karnival tersebut.

Karnival tersebut menurutnya amat penting kerana pasukan bola sepak wanita negara jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Thailand.

"Kita buat karnival bola sepak untuk wanita. Buat permulaan mungkin melibatkan 10 pasukan dengan mengikut format FAM.

"Ia adalah tanggungjawab yang diberikan kepada kita untuk mencungkit bakat dan memberi peluang kepada wanita," katanya.

Malah katanya, fokus turut diberikan untuk pembangunan peringkat sekolah yang tidak mengganggu program pembangunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Kita tidak ganggu program KPM dan kita akan buat dengan pendekatan berbeza," ujarnya. -Sarawakiana.






No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA