Kanak-Kanak Pandu SUV, Mahu Jumpa Nenek


DUA kanak-kanak di Amerika Syarikat bertekad untuk pulang ke rumah nenek mereka ketika ibu dan bapa mereka sedang tidur selepas pulang dari kerja.

Menurut sumber, pasangan adik-beradik masing-masing berusia tiga dan lima tahun itu berjaya mendapatkan kunci kereta SUV bapa mereka dan memandu kenderaan tersebut sehingga merempuh sebuah kereta yang lain berhampiran rumah mereka.

Jiran tetangga dilaporkan bergegas keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku selepas mendengar bunyi dentuman yang kuat.

“Saya memegang tangan mereka dan bertanya, ‘Di mana ibu kamu?’, mereka menjawab, ibu mereka sedang tidur dan mereka ingin ke rumah nenek mereka,” kata salah seorang jiran, Annemarie Warren.

SUV yang dipandu kanak-kanak tersebut telah merempuh sebuah kereta Volvo dan pemandu Volvo tersebut mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan mukanya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua kanak-kanak tersebut selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

TIdak dapat dipastikan sama ada ibu bapa kanak-kanak tersebut akan dikenakan hukuman kerana kecuaian yang mengakibatkan kemalangan ataupun tidak. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA