Kanak-Kanak 7 Tahun Di Stutong Mangsa Cabul


KUCHING: Kanak-kanak perempuan berusia tujuah tahun yang menjadi mangsa cabul seorang pedofilia Khamis lalu masih trauma dan tidak mampu berkata-kata.

Memetik laporan Sarawakvoice, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.30 malam di Lorong 8, Jalan Stutong Baru, dekat sini , yang terletak tidak jauh dari tempat tinggal pengadu.

“Ketika kejadian, suspek telah meminta mangsa menemaninya untuk menunjuk jalan ke kedai runcit Unishop, yang terletak di Lorong 17, Stutong Baru.

” Selepas ke kedai, mangsa mendakwa suspek telah membawa mangsa ke belakang kedai sebelum membuka seluar dan cuba melakukan sesuatu ke atasnya," katanya.

Menurutnya, selepas menerima aduan sekitar jam 6.30 pagi semalam, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas, yang akhirnya dapat menjejak dan menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Stutong, semalam.

“Suspek merupakan seorang lelaki Iban berusia 18 tahun, ditahan untuk membantu siasatan," ujarnya.

Pada masa yang sama katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar.

Mangsa mengalami trauma yang teruk dan hanya dapat menunjuk lokasi di mana perbuatan terkutuk itu dilakukan.

“Kita akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek esok,” kata ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Đšanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Ini merupakan kejadian kelima kes pedofilia yang dilaporkan di negeri ini dalam tempoh tiga bulan.–Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA