Kanak-Kanak 6 Tahun Di Sibu Cedera Selepas Dicabul

Gambar Hiasan
SIBU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun enam bulan cedera di kemaluan selepas menjadi mangsa cabul seorang lelaki tidak dikenali.

Sebelum kejadian, mangsa dan abangnya berusia enam tahun tinggal bersendirian di rumah mereka di Jalan Hardin di sini.

Ibu mereka dipercayai pergi mengambil pulang seorang lagi anaknya di sebuah tadika berdekatan.

Difahamkan ibu mereka hanya mengunci pagar rumah manakala pintu dibiarkan tidak berkunci.

Tidak diketahui datang dari arah mana, suspek menyelinap masuk ke dalam rumah sebelum mencabul mangsa dipercayai dengan memasukkan jarinya ke dalam alat sulit mangsa.

Insiden itu disedari abang mangsa namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana ketakutan.

Selang beberapa minit kemudian, suspek melarikan diri selepas menyedari kehadiran ibu mangsa.

Kanak-kanak malang itu kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk melakukan pemeriksaan dan didapati terdapat kesan luka pada kemaluan mangsa.

Satu laporan polis dibuat oleh ibu mangsa dan gerakan memburu suspek kini giat dilakukan berdasarkan lakaran wajah yang dibuat ibu mangsa.

Difahamkan semasa cuba melarikan diri, ibu mangsa sempat melihat wajah suspek.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA