Kaji Skim Pencen Tentera

Foto Harian Metro
PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan sedang mengkaji untuk menambahbaik skim pencen pesara tentera sedia ada sekali gus memastikan kebajikan bekas perajurit terus terjamin.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, kajian itu membabitkan jurang pencen merangkumi tempoh kelayakan untuk mereka menerima inisiatif selain bantuan sedia ada yang diberikan.

"Pelbagai bantuan seperti bantuan perumahan, persekolahan dan biasiswa kepada pesara termasuk ahli keluarga terutama kepada mereka yang mempunyai masalah dan tidak berkemampuan.

"Selepas kajian dilakukan setiap cadangan akan dikemukakan kepada kerajaan bagi mendapat persetujuan sebelum dilaksanakan,"katanya ketika ditemui selepas program Walk For Peace di Dataran Putrajaya, Presint 3 di sini, hari ini.

Walk For Peace anjuran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) itu disertai kira-kira 4,500 peserta yang terdiri daripada pesara tentera dan penuntut Institut Pengajian Tinggi.

Program itu turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Belia dan Sukan, Perbadanan Putrajaya (PPj) danPersekutuan Veteran Sedunia.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA