Kabinet Arah Tambah Baik Polisi Pembiayaan Rumah


PUTRAJAYA: Kabinet mengarahkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengkaji serta melakukan penambahbaikan terhadap polisi pemberi wang pinjaman.

Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, kajian itu membabitkan keberkesanan polisi dalam membantu rakyat untuk membiayai pembelian rumah.

“Dalam masa sama, kementerian juga akan mengambil tindakan proaktif dan melihat secara keseluruhan keberkesanan fasiliti pembiayaan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noh sebelum ini mencadangkan kepada kerajaan supaya pemaju perumahan diberi lesen pemberi pinjaman kewangan untuk membantu pembeli rumah yang berhadapan kesukaran pinjaman bank.

Namun cadangan itu mencetuskan polemik sehingga menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Noh memberi penjelasan berhubung cadangan itu kepada Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

- Utusan Malaysia

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA