• Jumpa Mayat Dikerat Dalam Peti Sejuk

    Published: Saturday, 24 September 2016
    A- A+


    BANGKOK - THAILAND . Polis Thailand menjumpai mayat seorang lelaki yang dikerat beberapa bahagian di dalam sebuah peti sejuk ketika mengadakan serbuan membanteras pemalsuan pasport.

    Pegawai berkata, pihaknya masih belum mengetahui kaitan lelaki berkenaan dengan operasi pemalsuan pasport.

    Lima warga asing ditahan dan seorang pegawai polis cedera ditembak semasa operasi.

    Pasport palsu bersama pistol dan dadah juga ditemui di flat daerah Phra Kanong.

    Ketua Polis Bangkok Sanit Mahathavorn berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada tiga warga asing, seorang pembantu rumah Burma dan suaminya.

    Ketika serbuan seorang suspek melepaskan tembakan dan mencederakan seorang pegawai polis.

    Mayat lelaki asing berambut perang ditemui di dalam sebuah peti sejuk besar di tingkat bawah.

    "Mayat dikerat dengan objek tajam ke enam bahagian, dimasukkan ke dalam beg hitam dan dibawa masuk ke dalam petik sejuk," kata Sanit dipetik BBC

    Subjects:

  • No Comment to " Jumpa Mayat Dikerat Dalam Peti Sejuk "