Jet peribadi Cristiano Ronaldo terbabas


JET peribadi pemain bola sepak sensasi dunia, Cristiano Ronaldo terbabas ketika mendarat, Isnin lepas.

Menurut laporan Mirror UK, jet berkenaan terbabas ketika mendarat di lapangan terbang El Prat di Barcelona.

Saksi kejadian mengatakan gear pendaratan jet berkenaan patah ketika mendarat, menyebabkan pesawat berkenaan terbabas di bahagian tepi landasan.

Akibat kejadian itu, landasan terlibat terpaksa ditutup manakala juruterbang pesawat dirawat akibat kecederaan ringan.

Pesawat jenis Gulfstream G200 dibeli Ronaldo tahun lepas dengan harga RM80,4 juta.

Selain menggunakan sendiri pesawat tersebut, Ronaldo juga sering menyewakan jet berkenaan kepada pihak yang berminat.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan sedang disewakan kepada sebuah syarikat.

"Cristiano Ronaldo, ahli keluarganya atau kawan-kawannya tidak berada dalam pesawat ketika kejadian," kata kenyataan satu sumber. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA