JDT Mara Separuh Akhir Piala AFC

Foto Utusan Malaysia
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus berada di landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFC selepas melangkah ke separuh akhir dengan menyingkirkan South China menerusi agregat 3-2, malam tadi.

Selepas terikat 1-1 dalam suku akhir di Hong Kong minggu lalu, skuad Harimau Selatan mengesahkan kemaraan menerusi kemenangan 2-1 di depan penyokong sendiri di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Jaringan Juan Martin Lucero dan Jorge Pereyra Díaz pada minit ke-58 serta 87 sudah cukup untuk memastikan kemenangan anak-anak buah Mario Gomez, biarpun South China cuba mencabar pada lewat permainan menerusi jaringan Nikola Komazec di waktu kecederaan.

Menanti juara Liga Super itu pada separuh akhir nanti adalah pemenang di antara wakil Singapura, Tampines Rovers dan kelab India, JSW Bengaluru FC. - UTUSAN ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA