Jangan Terpengaruh Laporan WSJ


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tidak harus terpengaruh dengan laporan Wall Street Journal (WSJ), yang terus menyerang hal ehwal politik negara dan bercanggah dengan etika kewartawanan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata media itu terlalu angkuh menyebarkan propaganda dan ia perlu ditolak kerana boleh menggugat keharmonian, kestabilan serta kemakmuran negara.

Katanya, berita dihebahkan WSJ mengenai negara ini tidak mengandungi maklumat baharu, sebaliknya hanya mengulangi dakwaan tanpa bukti.

"Mereka tidak dapat mengesahkan maklumat disebarkan menerusi pengesahan sahih, sebaliknya sumber tanpa nama dan dokumen yang dianggap misteri gagal dibuktikan.

"Ini mungkin tidak wujud atau mereka memperoleh maklumat salah dan tidak lengkap daripada pihak yang memusuhi pemimpin negara," katanya dalam satu kenyataan, di sini , hari ini.

Salleh mengulas laporan WSJ, yang terus menyerang hal ehwal politik negara.

Beliau menyifatkan liputan WSJ mengenai Malaysia adalah terdesak dan keterlaluan, malah apa yang dianggap akhbar itu sebagai prinsip berasaskan fakta kewartawanan bebas adalah tidak benar. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA