Jangan Sambil Lewa Penurunan Kadar Jenayah


KUCHING: Polis masih tetap meningkatkan kawalan dalam membanteras jenayah di sekitar bandar raya ini indeks jenayah dilihat berkurangan secara drastik.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, pihaknya akan sentiasa diseru tidak mengambil mudah dalam menjalankan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan dalam usaha membanteras jenayah agar trend jenayah yang menurun kini dapat dikekalkan dan dipertahankan.

“Orang ramai juga diharap supaya menjadi mata dan telinga kepada pihak kami dan menyalurkan maklumat jika terlihat jenayah berlaku di kawasan sekitar kerana ini bukan sahaja tanggungjawab pihak polis tetapi ia adalah tanggungjawab kita bersama agar si pelaku dapat ditangkap," katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Padang Kawad Balai Polis Tabuan Jaya sebentar tadi.

Terdahulu seramai 16 anggota termasuk seorang kakitangan awam menerima sijil penghargaaan khas daripada KPD Kuching sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap prestasi yang cemerlang untuk IPD Kuching.-Sarawakiana



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA