Jangan Pentingkan Diri, Utamakan Pengguna Jalan Raya


BINTANGOR : Pengguna jalanraya risau keadaan keselamatan jika lori balak terus beroperasi tanpa menyusun atur kayu balak dengan betul.

Menurut pengguna jalanraya yang tidak mahu didedahkan identiti menyatakan lori balak ini beroperasi siang hari mengangkut balak ke Sibu.

Menurut beliau lagi, mereka tidak terlalu kisah jika lori berkenaan mengguna jalanraya sebagai laluan mereka namun perlu peka dengan pengguna lain.

Apa yang mereka mahu ialah lori balak perlu memperkemaskan susunan kayu balak tersebut dan memastikan ia tidak membahayakan keselamatan pengguna lain.

Menurut beliau lagi, lori balak tersebut beroperasi pada pukul 3 petang dan bergerak dari Bintangor ke Sibu.

Beliau turut menggesa agar pihak berkuasa memantau pergerakan lori balak tersebut dengan lebih kerap agar tidak berlaku perkara yang menyebabkan menggugat keselamatan pengguna lain.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA