Jambatan Tertinggi Di Dunia Beroperasi Hujung Tahun


BEIJING – Jambatan Beipanjiang yang terletak di kawasan pergunungan di barat daya China, bakal menjadi jambatan tertinggi di dunia.

Menurut jabatan pengangkutan wilayah Guizhou dalam satu kenyataan, dengan ketinggian 565 meter di atas sebatang sungai, ia akan merampas gelaran Jambatan Sungai Si Du di tengah wilayah Hubei sebagai jambatan tertinggi di dunia.

Projek pembinaan jambatan yang dimulakan pada tahun 2013 ini dijangka dibuka kepada pengguna jalan raya pada akhir tahun dengan kelajuan kenderaan boleh mencecah 80 kilometer sejam.

Pasukan jurutera China telah menyelesaikan pembinaan struktur pada Sabtu lalu dan ini sekali gus memendekkan perjalanan dari Liupanshui di Guizhou ke Xuanwei dekat wilayah Yunnan, daripada kira-kira lima jam kepada kurang dua jam.

China Daily melaporkan, jambatan yang dibina di kawasan pergunungan di atas sungai Nizhu ini dipengaruhi oleh angin dan memerlukan ketepatan yang tinggi selain kesukaran mengangkat bahan binaan. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA