Jabatan Imigresen beku aset majikan lindungi PATI


SEPANG: Jabatan Imigresen Malaysia akan membekukan aset majikan yang didapati bersalah melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula Oktober ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pelaksanaan undang undang itu selaras dengan peruntukan Akta Imigresen 1959/63 mengikut seksyen 56 (1), yang sudah lama wujud tetapi tidak dilaksanakan sebelum ini.

"Pihak jabatan Imigresen sudah merujuk perkara ini kepada penasihat undang-undang bagi membolehkan pelaksanaan akta ini dimanfaatkan sepenuhnya.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan majikan yang ingkar dan masih menggaji PATI. Jadi, kita beri masa hingga hujung bulan ini bagi mematuhi arahan yang diberi," katanya pada sidang media selepas menghadiri program ibadat korban di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Sementara itu, Mustafar berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi dalam masa terdekat, bagi menempatkan pegawai mereka di KLIA untuk membantu rakyat Malaysia yang disekat daripada melancong ke luar negara.

Katanya, bagi memastikan kelancaran di pintu automatik, pihaknya akan turut mengarahkan pihak pembekal cip pasport Malaysia menempatkan pegawai mereka di kawasan berkenaan sebagai sokongan.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA