Ini semua ketentuan Allah - Fara Fauzana


BEKAS penyampai radio, Fara Fauzana memberikan jawapan yang sama terhadap semua persoalan yang diajukan pihak media terhadapnya berkaitan dengan kontroversi pembatalan perkahwinannya.

"Semuanya sudah saya jawab dalam kenyataan media yang saya berikan sebelum ini. Ini semuanya ketentuan Allah.

"Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada saya," kata Fara yang ditemui selepas acara Sekolah Radio IM4U FM di IM4U Sentral, Puchong sebentar tadi.

Fara, 36, membatalkan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, pada Ahad lalu dan merahsiakan sebab pembatalan tersebut.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA