Ingin Beraksi Bersama Kelab Eropah, Million Dollar Feet Sedia Platform


KUCHING: Pemain bola sepak muda Sarawak mungkin berpeluang menandatangi kontrak bersama kelab handalan Eropah sekiranya terpilih dalam program Million Dollar Feet(MDF) yang bermula 8 hingga 9 Oktober ini di Padang C.

Pengarah Bolasepak MDF, Peter De Kretser berkata, pihak menganggarkan kira-kira 2,000 pemain muda berusia 11 hingga 14 tahun akan menyertai program tersebut.

Menurutnya, pemain terbaik bagi setiap sesi pemilihan akan terpilih ke peringkat akhir yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

"Kita mencari pemain berbakat di Malaysia untuk menandatangani kontrak bersama kelan terkenal di Eropah.

"Saya berharap ada anak Sarawak yang bakal terpilih," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Lagenda Liga Perdana Inggeris, Steve McMahon akan mengendalikan sesi pemilihan di Sarawak, Pulau Pinang, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur.

Menurut McMahon, antara kriteria pemain yang diberi perhatian termasuk bakat, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran individu.

"Saya berharap akan ada pemain muda negeri ini terpilihdan secara tidak langsung dapat membantu dalam membangunkan pemain di peringkat akar umbi," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA