Ikan Gonjeng Bertulang Namun Sedap Di Makan


Ikan 'Gonjeng' nama diberi mengikut sebutan orang Melayu Sarawak. Dalam Bahasa Malaysia penulis belum lagi ketahui sebutannya secara spesifik.

Tahun yang menghampiri penghujung sudah pasti nelayan pesisir pantai Sarawak akan berubah perolehan hasil tangkapan laut. Dalam bulan Oktober hingga penghujung tahun, ikan yang bersaiz kecil dan bertulang pasti akan memenuhi pasaran di Sarawak.

Antaranya ikan gonjeng yang menjadi pilihan popular masyarakat Sarawak pada penghujung tahun. ikan ini begitu unik serta memiliki struktur badan yang berbeza daripada ikan lain. Malah saiznya pun kecil dan memanjang dan memiliki ekor yang tirus.

Bagi masyarakat Sarawak, ikan ini menjadi kegemaran masyarakat Sarawak. nasi lemak versi Sarawak sering menggunakan ikan ini sebagai lauk dalam nasik lemak. Ikan masin gonjeng juga antara kegemaran masyarakat negeri ini.



Tapi yang begitu popular, ikan gonjeng akan digoreng rangup dan dimakan bersama sayur rebus umbut palah serta nasi panas. Ia sesuatu yang begitu menyelerakan di waktu makan tengahari dan malam.

Ikan ini walaupun diketahui mempunyai banyak tulang, ia tidak susah untuk di makan kerana jika digoreng rangup, tulang dan kepala boleh dimakan sekali. Tidak akan terasa tulang ikan tersebut dan ini menyebabkan ikan gonjeng antara ikan diminati untuk di makan oleh masyarakat Sarawak.-Sarawakiana

1 comment:

  1. jangan terkejut kadang-kadang sesuatu yang nampak simple dan tak 'glamour' sedap bila dimakan sekiranya kena cara memasaknya. Makanan orang miskin memang nampak tak menarik tapi kadang-kadang rasanya mengatasi makanan yang ada kelas

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA