Ibu Dakwa Anak Disunat Oleh Jin


Seorang wanita mendakwa anaknya berusia tiga tahun dikhatankan oleh jin.

Wanita berkenaan, Ani, 38, yang tinggal bersama suaminya Koswatra di Kampung Bojongsalawe dari daerah Pargi, Jawa Barat berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 2 pagi minggu lalu, anaknya, Alparo tiba-tiba menangis sambil memegang kemaluannya.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa. Saya hanya menepuknya untuk menidurkannya semula,” kata Ani.

Menurutnya, seperti biasa, dia bangun awal pagi untuk mandi dan solat Subuh.

“Ketika mandi, anak saya memanggil saya sambil menunjukkan kemaluannya yang berdarah. Saya sungguh terkejut. Suami saya juga terkejut. Apabila diperiksa, nyata kemaluannya sudah di sunat,” kata Ani.

Menurut Ani, dia dan suaminya kemudian membawa Alparo menemui seorang pembantu perubatan di kampung mereka.

“Dia mengesahkan Alparo memang sudah dikhatan dan hasilnya sungguh memuaskan. Tidak puas hati, kami membawa anak kami untuk berjumpa dengan orang paling tua di kampung dan kiai. Mereka juga mengesahkan anak kami memang sudah disunatkan, mungkin oleh jin Islam,” kata Ani. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA