Ibu Cedera Ditikam Rakan Anak Sendiri Di Kota Samarahan


KOTA SAMARAHAN: Seorang wanita nyaris maut apabila ditikam rakan anak lelakinya yang berusia 15 tahun ketika dalam perjalanan pulang menjemput mereka dari pusat tuisyen sekitar jam 9 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata kejadian berlaku apabila anak lelaki mangsa yang duduk di kerusi belakang tiba-tiba menjerutnya menggunakan tali pinggang keledar sehingga menyebabkan mangsa memberhentikan kereta serta-merta.

"Rakan lelaki kepada anak mangsa yang juga duduk di kerusi belakang kemudian bertindak menikam perut mangsa menggunakan pisau.

"Mangsa yang cuba menyelamatkan dirinya turut mengalami kecederaan di lengan dan beberapa bahagian badannya akibat terkena pisaiu tersebut," kata Dev.

Menurut Dev juga, kedua-dua remaja terbabit kemudian melarikan diri dan menyerah diri di balai polis lewat malam tadi.

Mangsa sehingga berita ini ditulis dilaporkan stabil dan masih dirawat di Hospital Umum Sarawak(HUS).

Motif insiden masih belum jelas kerana mangsa dan dua remaja itu menyampaikan cerita yang berlainan. - UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA