Ibu Bakar Kemaluan Anak Kerana Matematik


WANITA ini layak digelar ibu durjana. Apa tidaknya, sanggup membakar alat sulit anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dengan menggunakan lilin.

Semunya dek kerana, anaknya itu mendapat markah rendah dalam mata pelajaran Matematik.

Akibat insiden ngeri itu, kanak-kanak berkenaan mengalami kesan melecur di bahagian kemaluannya hingga perlu dirawat di sebuah hospital selama 28 hari.

Berikutan itu, mahkamah di Tolima, Colombia menjatuhkan hukuman tahanan rumah kepada wanita berkenaan, Rosabel Munoz atas kesalahan yang dilakukan tiga tahun lalu.


Sementara itu, Ketua Institut Kesejahteraan Keluarga Colombia, Oscar Rios berkata, kanak-kanak malang itu dilindungi sepenuhnya.

“Anak itu mengalami luka di kemaluannya yang dibakar ibunya dengan menggunakan lilin.

“Kami memiliki pasukan profesional yang boleh merawat kanak-kanak itu dan kami juga akan berusaha memulihkan kepercayaan dirinya tetapi hingga kini, dia tidak boleh kembali bertemu dengan keluarganya,” tambah Rios.

Kanak-kanak perempuan itu kini berada di bawah perlindungan bahagian khidmat sosial Colombia. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA