Hutang Tinggi, Kurang Mampu Punca Pinjaman Ditolak


KUALA LUMPUR: Kajian terkini institusi perbankan negara menunjukkan sebab utama permohonan ditolak kerana pemohon memiliki hutang tinggi, rekod pembayaran teruk, pendapatan rendah dan dokumen sokongan tidak lengkap.

Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) berkata bagi pemohon yang layak, pihaknya menjamin kemudahan pembiayaan dari semua bank akan terus tersedia.

Katanya, keputusan membei kediaman memelukan kewangan besar sehinggakanpembiayaan kediaman biasanya menjadi bahagian terbesar dalam portfolio hutang pengguna.

Keupayaan kewangan
"Kerana itu, penting bagi institusi perbankan hanya menerima permohonan pengguna yang memiliki keupayaan kewangan untuk membayar semula atau membuat pembayaran balik hutang mereka sepanjang tempoh pembiayaan.

Kebiasaannya penilaian ke atas perrmohonan pembiayaan berasaskan sama da pemohon mampu memenuhi karakter, kapasiti, cagaran, syarat dan modal.," katanya dalam kenyataan bersama di sini.

Pelbagai pembiayaan.
Mengulas lanjut, persatuan berkata, kini terdapat pelbagai pembiayaan kediaman ditawarkan bank komersial dan institusi pembiayaan perbankan Islam untuk memenuhi segmen khusus pembeli.

Antaranya, kata kenyataan itu, pembeli rumah pertama boleh mempertimbang memohon skim Skim Rumah Pertamaku, atau pembeli lain mempertimbangkan Skim Deposit Rumah Pertama (MyDeposit), Program Bantuan kediaman PR1MA HOPE, dan Program Sewa Beli di bawah PR1MA. 

Pembeli kediaman perlu bekerjasama dengan penasihat kewangan bagi menilai kemampuan kemudahan yang dipohon, bahkan kami yakin pihak bank komersial serta perbankan Islam akan komited dalam proses ini," katanya. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA