Henti Rai Hari Kebangsaan- Chong


KUCHING: Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching Chong Chieng Jen yang pernah membantah penyiaran lagu Negaraku di pawagam ketika sambutan kemerdekaan kini mahu kerajaan negeri Sarawak tidak lagi meraikan hari Kebangsaan pada 31 Ogos kerana tarikh berkenaan tidak mempunyai kepentingan sejarah untuk Sarawak.

Alasan beliau adalah kerana Sarawak memperoleh kemerdekaan daripada British pada 22 Julai 1963.

“Tidak ada justifikasi dan alasan bagi kerajaan Sarawak membazirkan dana awam untuk terus meraikan 31 Ogos, hari Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya menyeru (Ketua Menteri) Tan Sri Adenan Satem untuk menghentikan sambutan 31 Ogos di Sarawak. Marilah kita raikan sambutan rasmi negeri pada 22 Julai dan 16 September.

“Pada masa sama, DAP Sarawak mengucapkan saudara-saudari kami di Malaysia Barat Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Chieng Jen berkata, Sarawak terpaksa menghabiskan “jutaan ringgit” untuk meraikan 31 Ogos setiap tahun selaras dengan arahan persekutuan, sedangkan wang berkenaan boleh digunakan untuk pembangunan luar bandar sebaliknya.

Katanya, ini akan menjadi ujian bagi Adenan sama ada beliau bertegas memperjuangkan autonomi untuk Sarawak, selaras dengan Perjanjian Malaysia.

Beliau mendakwa, meraikan ketiga-tiga tarikh berkenaan akan mengelirukan golongan muda Sarawak berhubung sejarah negeri itu.

22 Julai adalah cuti umum di Sarawak, dan disambut secara besar-besaran oleh kerajaan negeri.

Sarawak, Sabah, Singapura dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Sabah, ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963.

Pada 2014, Chieng Jen mencetuskan kontroversi apabila menentang penyiaran lagi Negaraku di pawagam tetapi akhirnya meminta maaf akibat keceluparan mulutnya setelah dihentam pelbagai pihak.-BNBBC

2 comments:

  1. Bodoh ke buta Sejarah atau bodoh salah tempat?. Kenyataan berbaur rasos kenegerian. Bahaya untuk perpaduan Nasional.

    ReplyDelete
  2. woi kita kan satu malaysia! DA Pig ni byk songe lah.. detik bersejarah ni haruslah dikongsi mcm kita berkongsi kerakyatan. so shut up and just celebrate as 1 malaysian!

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA