Harga minyak susut pada awal dagangan


TOKYO: Harga minyak mentah susut pada awal dagangan di tengah-tengah kebimbangan terhadap lebihan bekalan minyak global.

Brent susut 0.6 peratus kepada $46.53 satu tong manakala minyak mentah AS susut 0.7 peratus kepada $44.13.

Kedua-dua minyak mentah itu naik tiga peratus pada sesi sebelumnya apabila dolar menyusut selepas laporan data pekerjaan, menjadikan minyak lebih murah kepada pelabur mata wang.

Brent jatuh enam peratus pada minggu ini, kejatuhan terbesar dalam tempoh lima minggu manakala minyak mentah AS jatuh hampir 17 peratus menjadikan ia kejatuhan terbesar dalam tempoh lapan minggu. - Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA