Hampa Meskipun Pecahkan 9 Tembikai Dengan Kepala


SEORANG lelaki yang beria-ria mahu memenangi wang sebanyak £1,000, hampa apabila dia balik ke rumah tanpa sesen pun meskipun telah memecahkan buah tembikai dengan kepalanya.

Dimitar Krika, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan telah mengambil bahagian dalam pertandingan mencungkil bakat Go For It di stesen televisyen ITV di London.

Dia berharap dengan memecahkan tembikai itu, juri akan memberikan markah lebih kepadanya, kerana menunjukkan kemahiran yang luar biasa.

Malangnya dia hanya memecahkan sembilan tembikai sahaja. Jika dia berjaya menghabiskan sebiji lagi tembikai, sudah pasti Dimitar akan mendapat wang ganjaran terbabit.

Ini kerana cabaran yang perlu dilaluinya ialah memecahkan 10 biji tembikai besar dengan kepala dalam masa 90 saat.

Dimitar balik ke rumah tanpa apa-apa, dan mungkin kesakitan di bahagian kepala. – Mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA