Guru Maut Nahas Tiga Kenderaan Di Lundu


**KEMASKINI

LUNDU: Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Sungai Rayu, Feri Rambungan disini pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 5.30 pagi itu, dua buah kereta yang dipandu dua orang guru masing-masing dalam perjalanan menuju ke sekolah di sini.

Mangsa Noriza Mohammad merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Lundu memandu kereta jenis Perodua Viva manakala mangsa kedua yang tersepit dalam kereta jenis Proton Persona dikenali sebagai Rabiatul Jannah Shariman yang juga seorang guru bertugas di SMK Sematan.

Menurut jurucakap bomba, sekumpulan anggota dari balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petrajaya terletak lebih kurang 30 kilometer dari lokasi kejadian dikerahkan sejurus laporan diterima.

“Setibanya anggota kami ke lokasi kejadi mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan dan seorang daripada mangsa dari kereta Perodua Viva disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius manakala mangsa dari kereta Proton Persona ditemui tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, nasib keadaan dari kenderaan yang ketiga masih tidak diketahui,

Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA