Guru Didakwa Cacatkan Wajah Pelajar Di Thailand


BANGKOK: Seorang guru yang mencacatkan wajah pelajarnya dengan menyimbah secawan kopi panas di Thailand akan didakwa selepas kes itu menjadi viral, kata polis hari ini.

Kejadian yang berlaku awal minggu ini itu mencetuskan kemarahan orang awam selepas pihak sekolah dikatakan gagal berunding dengan keluarga mangsa untuk membayar kos perubatan disebabkan perbuatan guru berkenaan.

Akibatnya, mangsa yang juga merupakan pelajar perempuan berusia 17 tahun mengalami kecacatan di bahagian kiri bahagian mukanya.

“Guru terbabit berkata, dia bersedia untuk datang semasa pertuduhan dibuat hari ini. Namun, sehingga kini, dia masih belum muncul,” kata Ketua Polis Chokechai, Kapten Karn Singchangchai.

- AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA