Guna Kereta Curi Tiga Tahun


KUCHING: Kelicikan seorang pemuda menggunakan nombor pendaftaran palsu kereta curi terbongkar selepas suspek ditangkap kelmarin.

Suspek yang berusia 26 tahun berasal dari Miri ditahan anggota peronda MPV polis Daerah Kuching di depan sebuah restoran 24 jam di Batu 3 sekitar jam 11 malam Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, suspek ditangkap bersama sebuah kereta Toyota Caldina yang dilaporkan hilang di Miri pada Januari 2013.

“Intipan selama 30 minit berjaya menahan suspek yang dilihat masuk ke dalam kereta tersebut dan pemeriksaan nombor casis serta nombor enjin menggunakan alat ‘Mcard’ mendapati butir-butir kenderaan tidak sama dan nombor berkenaan telah didaftarkan atas kereta Toyota Station Wagon.” katanya.

Beliau menjelaskan, hasil siasatan awal mendapati kereta tersebut telah dilaporkan hilang pada 7 Januari 2013 di Jalan Bintang Miri, 

Suspek kini ditahan reman untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan curi kenderaan-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA