Giliran Gerald Rentap Dikaitkan Dengan Jawatan No 1 FAS


KUCHING: Giliran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu dikaitkan dengan jawatan 'nombor satu' Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) selepas Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol menolak jawatan tersebut sebelum ini.

Merujuk laporan Sarawakvoice, nama Rentap mula hangat setelah hadir pada majlis makan malam sempena Liga Bolasepak Rakyat (LBR) minggu lalu.

Rentap berusia 46 tahun merupakan salah seorang Penolong Ketua Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) XVII Sarawak dan bertanggungjawab sebagai pengarah dalam acara angkat berat.

Dalam politik beliau merupakan Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Jawatan presiden kini dipangku sementara oleh Abdul Wahab Rahim yang merupakan timbalan presiden.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA