Gerai Makanan Mampu Jana Pendapatan Tinggi


Perniagaan gerai makanan di kedai kopi yang semakin mendapat di kalangan masyarakat Bumiputera boleh menjadi contoh usahawan yang baharu menceburi bidang perniagaan.

Sejak akhir-akhir ini bilangan peniaga Bumiputera menyewa gerai di kedai kopi semakin meningkat malah menjadi sumber pendapatan utama kepada pengusaha terbabit.

Menyewa gerai makanan tidak memerlukan kos tinggi kerana biasanya gerai untuk berniaga disediakan pemilik kedai kopi.

Inisiatif ini boleh dilihat sebagai langkah permulaan sebelum membuka kedai kopi sendiri.

Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah untuk menarik pelanggan terlebih dahulu dan pada masa sama belajar mengendali perniagaan.

Konsep perniagaan seperti ini biarpun nampak kecil-kecilan, mampu menjana pendapatan tinggi jika diusaha dengan baik dan sistematik.

'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit' adalah gambaran terbaik kepada pengusaha gerai makanan.

Kebanyakan pengusaha kedai kopi atau kedai makan bermula dengan gerai makanan. -Sarawakiana.



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA