Geng 'Samun Rantau' Terus Diburu


KUCHING: Polis mendedahkan kejadian 'samun rantau' masih berlaku di sekitar Kuching dan Padawan meskipun beberapa kumpulan berjaya ditumpaskan, kata Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti SAC Che Yussof Che Ngah.

Beliau berkata, kumpulan terbabit biasanya bergerak secara kecil-kecilan menyebabkan masih berlaku kejadian seperti yang dilaporkan.

Bagaimanapun menurutnya, satu pasukan khas ditubuhkan untuk membanteras kumpulan terbabit.

"Ia melibatkan mereka yang melakukan kes pecah rumah yang dipercayai dilakukan warga negara jiran.

"Tumpuan pada sebelah malam turut diberikan untuk pemantauan di taman perumahan yang berisiko menjadi sasaran penjenayah. Hasil usaha kita ini menampakkan pengurangan dari segi kes," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, setakat ini 30 individu ditangkap dalam satu sekatan jalan raya yang turut menyaksikan penahanan tiga penjenayah sedang membawa keluar kenderaan pikap pada 17 September lalu.-Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA