Geng Honda Tumpas Di Miri


MIRI: Polis Miri berjaya memberkas enam lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 24 hingga 48 tahun dipercayai dalang kumpulan curi motosikal dikenali sebagai "Geng Honda".

Kesemua lelaki berkenaan ditahan dalam satu serbuan berasingan di Tudan, Piasau dan Kampung Pulau Melayu sejak 11 September lalu.

Memetik laporan Harian Metro kumpulan terbabit aktif sejak tahun lalu telah dikesan menjalani motosikal curi dengan harga serendah RM200 kepada pekerja ladang kelapa sawit.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Miri Supt Stanley Jonathan Ringgit berkata pihaknya turut merampas empat motosikal Honda pelbagai model yang dilaporkan hilang sebelum ini bersama suspek.

"Melalui hasil tangkapan berkenaan, polis berjaya menahan lima pelanggan warga Indonesia bersama enam motosikal curi di sebuah ladang sawit di Kuala Baram pada petang semalam dan mendakwa membeli motosikal itu dengan harga serendah RM200 dari orang tengah yang berurusan dengan kumpulan terbabit," katanya.

Kesemua suspek ditahan kini direman untuk siasatan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan manakala warga asing akan disiasat mengikutSeksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA