Gempar Penemuan Mayat Di Pasir Pandak


KUCHING: Penduduk sebuah taman perumahan di Pasir Pandak digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam semak.

Mayat lelaki warga emas itu ditemui dalam keadaan terbaring oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan terbabit selepas terhidu bau busuk lebih kurang jam 10 pagi tadi.

Menurut jurucakap bomba, sekumpulan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

“Setibanya anggota kami ke lokasi mendapati mayat lelaki berpakaian lengkap ditemui terbaring dalam semak dan hasil penelitian menemui kad pengenalan diri mangsa,” katanya.

Mangsa dikenali sebagai Jong Kim Hin, 51.

Sehingga berita ini ditulis punca kematian masih dalam siasatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA