Gempa bumi kuat 7.1 magnitud gegar New Zealand


WELLINGTON: Satu gempa kuat berukuran 7.1 magnitud menggegar New Zealand, hari ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku pada kedalaman 30 kilometer di pesisir pulau utara negara itu, kira-kira 167 kilometer daripada Gisborne.

Namun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan amaran susulan gempa itu dan setakat ini masih belum ada laporan kematian.

New Zealand terletak di atas sempadan kerak bumi Australia dan Pasifik yang membentuk Lingkaran Api Pasifik dan mengalami sehingga 15,000 gegaran setiap tahun. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA