Gempa Bumi Gegar Korea Selatan, Enam cedera


KOREA SELATAN: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda bandar Gyeongju di Korea Selatan kelmarin pada jam 8.32 malam waktu tempatan.

Memetik laporan Korea Times, Jabatan Metreologi Korea (MTA) berkata, gempa itu mencatatkan kekuatan paling tinggi pernah melanda negara itu sejak 1978.

Ia berlaku kira-kira 50 minit selepas gempa berskala 5.1 magnitud melanda bandar itu pada jam 7.44 malam.

Gegaran yang melanda itu jelas menakutkan rakyat di sekitar malah ia turut dirasai di Kyushu, Jepun.

Kerajaan Korea telah mengeluarkan arahan agar rakyat negara itu berpindah ke tempat yang selamat.

Kira-kira enam cedera termasuk seorang wanita warga emas yang ditimpa televisyen di rumahnya dan pelbagai kerosakan lain dilaporkan.

Menurut Penjana Kuasa Nuklear dan Hidro Korea, stesen jana kuasa nuklear berdekatan Gyeongju beroperasi dengan baik.

Perkhidmatan subway di Busan pula dihentikan operasinya sementara manakala ‘bullet train’ atau kereta api laju KTX yang melalui kawasan dilanda gempa mengurangkan kelajuan bagi mengelak sebarang kemungkinan.

Pakar di negara itu meramalkan sekiranya gempa bumi dengan kekuatan 6 magnitud atau lebih yang melanda Korea, jumlah kecederaan mungkin lebih ramai kerana banyak bangunan dibina bukan untuk menahan gempa bumi. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA