GAMBAR: Lelaki 250 Kilogram Ke Hospital Sibu Guna Lori



SIBU: Seorang lelaki dengan berat badan mencecah 250 kilogram terpaksa dibawa ke Hospital Sibu dengan menggunakan lori sekitar 11.35 pagi tadi.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah yang dihubungi keluarga mangsa dengan dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke lokasi untuk membantu lelaki berusia 33 tahun itu.

Operasi tersebut mengambil masa lebih kurang 30 minit sebelum lelaki yang mengalami masalah obesiti itu berjaya dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. -Sarawakiana




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA