Gagal Di P. Pinang… Kit Siang Cadang PRN Mengejut Di S’gor


SELEPAS gagal untuk mengadakan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang… pemimpin veteran DAP datang dengan idea yang lebih ‘menakjubkan’ iaitu mengadakan pilihanraya mengejut di Selangor.

Cuma belajar dari kesalahan beri alasan di Pulau Pinang, iaitu nak cover kes rasuah Lim Guan Eng, kali ini DAP bagi alasan supaya tak perlu pakai peta persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Lim Kit Siang berkata kerajaan Pakatan Harapan di Selangor perlu mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri lebih awal supaya ia tidak perlu memakai peta pilihan raya baharu yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya pilihan raya negeri awal boleh menjadi pilihan, susulan cadangan persempadanan semula SPR yang menurutnya “meremuk dan menyembelih peta Selangor semata-mata mengembalikan Umno di negeri itu”.

Apa yang peliknya kenapa dia tak cadang di Pulau Pinang?

Menurut Kit Siang… menawan kembali Selangor merupakan antara tiga objektif persempadanan semula SPR yang diumumkan Khamis lalu itu, di samping memberikan majoriti 2/3 parlimen kepada UMNO (BN) dan memastikan kekalahan pemimpin pembangkang seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Nurul Izzah Anwar.

Cadangan SPR itu melibatkan 128 kawasan Parlimen, dan boleh dibantah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kelompok 100 orang, sebelum 15 Oktober.

Antara kawasan terlibat termasuk Gelang Patah yang diwakili Kit Siang, yang semalam menyenaraikan 13 kawasan Parlimen dengan bilangan pengundi melebihi 100,000 orang.

Katanya antara tujuan persempadanan semula SPR itu ialah memastikan Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor “dengan cara paling menjelekkan, tanpa selindung dan melanggar prinsip demokrasi ‘satu orang satu undi’”.

DAP gagal mengadakan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang kerana bantahan oleh sekutunya PKR yang melihat parti itu akan kehilangan banyak kerusi jika diadakan sekarang ini.

Cadangan pilihanraya awal di Pulau Pinang dibuat untuk memastikan Guan Eng kekal berkuasa walaupun didapati bersalah kes rasuah. (Calon pilihanraya yang ada rekod bersalah oleh mahkamah tidak boleh bertanding, tapi ADUN yang ada rekod bersalah boleh pegang jawatan sehingga rayuan selesai.)

Sebelum ini, ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Aziz menolak dakwaan pembangkang, dan berkata jumlah pengundi yang ramai di kerusi bandar adalah kerana penduduk kawasan itu lebih mudah didekati.

Di bawah persempadanan semula itu, SPR mencadangkan sebuah kerusi baharu Damansara yang meliputi kerus Petaling Jaya Utara sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000.

Beberapa kerusi yang dilihat sebagai kubu kuat pembangkang di Lembah Klang dan kawasan bandar juga bakal menerima penambahan pengundi, manakala kerusi “selamat” untuk BN seperti Putrajaya dikatakan masih kekal dengan bilangan kecil di bawah 20,000 pengundi.

Bagaimanapun, Nazri berkata adalah lebih mudah memberikan khidmat kepada pengundi di kawasan parlimen di pusat bandar walaupun menjangkau lebih 100,000 orang kerana jarak dari satu tempat ke tempat lain lebih kecil.

“Kawasan parlimen kita dibahagikan berdasarkan kebolehan wakil rakyat memberikan khidmat perseorangan.

“Di bandar, seorang wakil rakyat yang mengunjungi sebuah pangsapuri boleh bertemu 3,000, 4,000 pengundi. Tetapi di luar bandar, wakil rakyat yang berkunjung ke sesebuah kampung hanya boleh bertemua 100-200 penduduk sahaja,” katanya, dan menambah masa perjalanan di luar bandar juga lebih lama.

Nazri berkata sekiranya benar SPR mahu menipu seperti didakwa pembangkang, ia dapat dikesan dengan senang.

“Kalau kami mahu menipu, rakyat akan tahu dan pembangkang tidak boleh menang (seperti mana pada pilihan raya lampau),” katanya. – www.agendadaily.com

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA