Gadis Diugut Sebelum Dirogol Di Miri


MIRI: Seorang lelaki membuat ugutan bunuh sebelum bertindak merogol seorang gadis berusia 14 tahun di Taman Tunku di sini Sabtu lalu.

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang dalam sebuah akhbar tempatan, beliau mengesahkan kejadian tersebut dan berdasarkan laporan yang diterima suspek telah mengugut akan membunuh mangsa sekiranya mangsa melarikan diri dan tidak menurut kehendaknya.

"Suspek juga bertindak mengoyak baju mangsa dan menghantar mangsa balik kerumah selepas merogolnya," jelasnya.

Bertindak diatas maklumat suspek yang merupakan kawan kepada sepupu mangsa tersebut telah ditahan di sebuah rumah di Taman Tunku petang semalam.

Suspek difahamkan bertindak agresif ketika tangkapan dilakukan kerana berada dibawah pengaruh dadah.

Kes disiasat dibawah seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol gadis dibawah umur.-Sarawakiana

1 comment:

  1. Please join martial art like silat,taekwondo,karate,boxing or judo to make sure you not being a rape victim...untuk keselamatan para girls tak kira peringkat umur...please laa...jangan malas tak nak buang duit untuk anak2 belajar pertahankan diri tu...

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA