Feri Meletup Di Bali, Dua Pelancong Asing Terbunuh


JAKARTA: Dua pelancong asing terbunuh dan 14 penumpang lagi cedera apabila satu letupan berlaku dalam sebuah feri berkelajuan tinggi di Bali pada pagi Khamis.

Menurut polis Bali, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan ketika feri berkenaan dalam perjalanan dari Bali ke Lombok dengan membawa 35 penumpang.

Ketua Polis Daerah Karangasem, Sugeng Sudarso berkata, kesemua penumpang merupakan pelancong asing dan identiti mangsa yang terbunuh masih belum dapat disahkan.

Tambahnya, kapten bersama tiga krew kapal yang merupakan rakyat tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Letupan di atas feri milik syarikat Gili Cat itu berlaki kira-kira 200 meter dari pelabuhan Padang Bai dekat Bali.

"Kapten feri itu memaklumkan enjin kapal tersebut berasap sebelum tangki minyak meletup," katanya.

Bagaimanapun pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada kejadian itu berpunca akibat letupan bom. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA