Fazruddin Nafi Bertanding Jawatan No 2 FAS


KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazruddin Abdul Rahman menafikan khabar angin yang mengaitkannya dengan pertandingan merebut jawatan timbalan presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Menurutnya, beliau tidak berminat dengan jawatan tersebut dan tidak akan bertanding.

"Tanggungjawab jawatan ini amat mencabar. Presiden dan timbalan presiden sekarang melaksanakan tanggungjawab begitu baik dan menetapkan standard begitu tinggi," katanya.

Pada masa sekarang jelasnya, beliau akan terus menumpukan perhatian dan tanggungjawab sebagai naib presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching. -Sarawakiana.









No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA