Fasilitator Rundingan Damai Filipina, MILF Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Fasilitator Malaysia dalam rundingan damai kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Tengku Datuk Ab Ghafar Tengku Mohamed, meninggal dunia di kediamannya di Bangsar South di sini, jam 9 pagi tadi.

Kematian Tengku Ab Ghafar, 67, disahkan oleh menantunya ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Homeira Babanarchi, 54, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan serta empat cucu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kerinchi di sini, malam ini.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA