Facebook, Salah Satu Medium Bantu Masyarakat - Fazzrudin


KUCHING: Laman sosial seperti Facebook sekiranya diguna dengan bijak sudah pasti akan memberi banyak manfaat termasuk dalam membincangkan sesuatu permasalahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman juga tidak terkecuali menggunakan laman sosial tersebut sebagai medium untuk berhubung dengan penduduk di kawasannya.

Menerusi laman sosial tersebut, beliau merasakan komunikasi berkesan dapat diwujudkan termasuk dalam membincangkan aspek pembangunan secara menyeluruh.

"Info tentang perancangan dan tindakan kerajaan dapat disampaikan kepada masyarakat dengan mudah," katanya.

Selain itu menurutnya, masyarakat juga mudah untuk mengutarakan masalah di kawasan masing-masing untuk disampaikan kepada kerajaan.

"Ianya dapat mengelak sebarang persepsi negatif yang disebarkan selain cara untuk mengesahkan sebarang informasi.

"Facebook merupakan salah satu medium komunikasi berkesan selain daripada pusat khidmat atau kunjungan ke kampung-kampung," ujarnya. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA