EU Bidas Sifar Kejam Rejim, Russia


BRUSELLS: Kesatuan Eropah (EU) tampil mengutuk kuat serangan rejim Syria dan Rissua ke atas penduduk awam di bandar raya Aleppo yang dilabel 'melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.'

Ketika sama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermesyuarat di New York, semalam mencari ilham barharu mengatasi konflik kian meruncing pada mata dunia ketika ini.

Namun, kempen terakhir yang memberi kemenangan kepada Presiden Bashar al-Assad dan sekutunya dari Russia dan Iran jeas memberi gambaran harapan membina jambatan diplomatik kian terkubur.

Balas dendam
Sementara itu, pegawai PBB berkata dua juata penduduk awam ketiadaan bekalan air bersih di bandar raya itu selepas pengebom tentera rejim merosakkan stesen pengepam dan pemisah menutup satu lagi stesen bagi membalas dendam.

Ketua dasar luar EU, Federica Mogherini dan pesuruhjaya kemanusiaan, Christos Stylianides dalam satu kenyataan berkata penderitaan ditanggung orang awam adalah pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang tidak boleh diterima langsung.

Mereka mengecam 'pengebom api dan tembakan' selain sengaja menyasarkan konvoi kemanusiaan minggu lalu serta 'memotong bekalan ait kepada majoriti penduduk awam di bandar raya itu.' BH-Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA