Esszone: Perintah Berkurung Dilanjutkan Hingga 10 Okt



KOTA KINABALU - Perintah berkurung di 
Menurut Abdul Rashid berdasarkan maklumat yang diterima, kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan penjenayah dari selatan Filipina yang melakukan penculikan untuk mendapat wang tebusan, masih cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan.

Katanya, perintah berkurung itu juga diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna perairan tersebut serta mereka yang tinggal di kawasan daratan Esszone.

Menurutnya perintah berkurung itu akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot, sekali gus mewujudkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di kawasan Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak," katanya. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA