Esscom Sahkan Kes Culik Di Perairan Pom Pom


TAWAU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan berlaku satu kes culik di perairan Pom Pom, Semporna malam tadi.

Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada pukul 1.59 pagi tadi.

"Saya hanya boleh mengesahkan telah berlaku satu kes culik di mana sebuah bot telah ditahan dan tiga orang telah diculik.

"Maklumat lanjut akan dikongsi oleh Pesuruhjaya Polis Sabah dalam satu sidang akhbar," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA