Duterte - Obama Bersemuka Dua Minit Di Laos

VIENTIANE: Kesal kerana melemparkan kata-kata kesat terhadap Barack Obama, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akhirnya bersemuka dengan pemimpin Amerika Syarikat itu pada Rabu.

Walaupun hanya dua minit, pertemuan singkat kedua pemimpin itu sambil berjabat tangan dan bersembang dilihat sebagai perkembangan yang sihat.

“Saya lega kerana perkara ini dapat diselesaikan,” kata Menteri Luar Filipina, Perfecto Yasay.

“Ia menunjukkan bahawa hubungan antara Filipina dan Amerika Syarikat sangat kukuh,” tambahnya sebaik pertemuan kedua-dua pempimpin itu berakhir.

Insiden yang mendapat perhatian ramai itu berlaku sebelum Obama dan Duterte mengambil tempat di majlis makan malam menjelang Sidang Kemuncak Asia Timur yang akan bermula Khamis.

Pada Isnin, Duterte melemparkan kata-kata kesat tu pada Isnin lepas di sidang akhbar dimana beliau mempertahankan kempen perangi dadah yang menyebabkan kematian hampir seramai 2,400 warga Filipina.

Beliau yang terkenal dengan sikap panas baran dan kelantangan suaranya kesal kerana menyinggung perasaan Obama.

Terdahulu, pertemuan kedua-dua pemimpin itu yang sepatutnya berlangsung pada Selasa dibatalkan kerana tindakan Duterte.- mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA