Duterte Arah Pasukan Khas AS Keluar Dari Selatan Filipina



MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dilihat mahu berterusan memanjangkan persengketaan beliau dengan Amerika Syarikat (AS) apabila beliau semalam mengarahkan semua pasukan khas yang bertanggungjawab menasihati tentera tempatan negara itu dalam memerangi pelampau Islam untuk keluar dari selatan Filipina.

Menurut Duterte, pasukan itu tidak dapat membantu mengurangkan pemberontakan kerana orang Islam di sana akan menjadi gelisah dan tidak tentu arah melihat warganegara AS.

“Pasukan khas ini perlu keluar dari sana, orang-orang Islam ini akan gelisah. Seandainya mereka nampak orang AS, mereka benar-benar akan membunuh mereka,” ujarya dalam satu mesyuarat bersama pegawai tinggi kerajaan semalam.

Kedutaan Amerika tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung tindakan terbaru Duterte.

Arahan itu yang berkuatkuasa serta merta itu dikeluarkan olehnya hari ini selepas seminggu perbalahan beliau dengan Presiden AS, Barack Obama yang beliau gelar ‘anak haram’ baru-baru ini.

Kenyataan Duterte itu kemudian menyebabkan Obama itu membatalkan pertemuan antara kedua-dua mereka di Laos, baru-baru ini.

- AGENSI

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA