Dulu Cuba Bawa UMNO, Kini Bawa PPBM Ke Sarawak


Suatu ketika dahulu, heboh dikatakan UMNO akan membuka cawangan di Sarawak. Cerita tersebut tersebar ketika era Tun Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri.

Pada waktu itu tertubuhnya Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak (JPUNS) yang diasaskan oleh Affendi Jeman anak jati Sarawak.

Berbagai cara pergerakkan mereka hendak mengembangkan JPUNS namun rakyat Sarawak lebih tahu menilai apa agenda mereka sebenar.

Kini Affendi telah menyertai parti Tun Mahathir PPBM yang menggunakan lambang bunga raya. Ada kemungkinan jawapan bagi siapa penggerak utama untuk membawa masuk UMNO sudah menemui jawapannya.

Dengan penyertaan Affendi menyertai PPBM mungkinkah ia satu petanda usaha beliau menubuhkan JPUNS adalah atas kehendak Tun Mahathir.

Mungkinkah Tun Mahathir adalah penggerak disebalik tadbir agenda membawa UMNO ke Sarawak suatu ketika dahulu dan kini mencuba menggerakkan PPBM ke Sarawak ?-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA