Dua Strain Virus Zika Dikenal Pasti - Dr Subramaniam


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengenal pasti dua jenis strain virus Zika di Malaysia.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, virus daripada kes pertama di Taman Botani, Klang didapati adalah sama dengan jenis virus di Brazil.

Manakala kes kedua di melibatkan seorang lelaki di Likas, Sabah adalah virus jenis tempatan.

"Kes pertama di Taman Botani mungkin kes import dari Singapura dan virus itu adalah sama dengan apa yang kita panggil virus "French Polynesia" iaitu virus daripada luar, bukan sini."

"Tetapi bagi kes kedua di Likas, Sabah virus itu mungkin virus yang sama dengan virus Zika yang telah dikesan dalam negara pada masa dahulu. Ia adalah virus jenis "Micronesia."

Ini menunjukkan terdapat dua jenis strain virus dalam kalangan kita. Satu virus import dan satu jenis tempatan," katanya dalam satu sidang media khas Zika di sini, hari ini. - Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA