Dua Sahabat Maut Dalam Kemalangan


BINTULU: Dua maut manakala dua lagi mengalami kecederaan selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam tadi di hadapan padang golf Jalan Kidurong.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu.

"Kemalangan kendiri ini melibatkan kereta Proton Saga yang merempuh sebatang pokok dengan melibatkan empat mangsa.

"Dua daripada mangsa disahkan meninggalkan dunia di lokasi kejadian," katanya.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Julian Gona, 23 dan Julias Robert, 22 manakala Delramos, 23 dan Alister Dana, 20 mengalami kecederaan.

Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut dan mayat kedua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zailani Amit ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA